Perkataan "Sayang" itu sgt subjektif... Ia mempunyai pelbagai maksud dlm satu perkataan.. Sayang pada Agama, Keluarga, Kawan2, Harta benda & mcm2 lagi lahhh... Tp, perasaan nya berbeza2..
Sayang pada seseorang...
Sayang... tak semestinya kt perlu tunjuk kat semua org or satu dunia yg kt sayang pada seseorg.. cukuplah setiap individu tu tahu yg dorg syg antara satu sama laen.. Perlu ke nk tunjuk kat satu dunia? @ nak buat mende2 yg ntah pape untuk menunjukkan yg kt betol2 sayang kat seseorg tu?? tak perlu rs nya.. sbb dengan rasa syg, timbul la satu perasaan keikhlasan... Keikhlasan sgt penting dalam satu perhubungan.. Dengan keikhlasan, akan ada sifat KESETIAAN.. Kesetiaan adalah perkara yg paling penting dalam setiap perhubungan, krn ia akan mempengaruhi kepercayaan dari seseorg... Kalau x percaya, sayang macam mn sekali pon, perhubungan tu akan hancur.. kepercayaan macam sayang jugak.. Ia boleh dipupuk kalau kena dgn cara.. Cuma ia mengambil sedikit ms.. Jadi, bila seseorang sudah letak kepercayaan kpd kt, jgn sesekali rosakan nya.. krn, nk mendapat kepercayaan dari seseorg bukan perkara yg mudah...
Bila keikhlasan tiada, mn mungkin ade sifat kesetiaan pada seseorang.. Bila dah setia tu tiada, hati senang berubah.. yela, sbb dari awal pon keikhlasan tu x ada kan.. bila dah macam ni, timbul lah salah faham dlm perhubungan.. JANGAN SALAH KAN ORG LAEN KALAU DIRI SENDIRI TAK TAHU APA ITU ERTI KESETIAAN... Kamu lagi kenal siapa diri kamu.. Jangan mencari alasan untuk menunding jari kepada org laen klu dr awal lg mmg diri tu tak pernah nak setia.. mungkin itu sifat sejak azali.. tak tahu lah kan..
Dalam perhubungan, pergaduhan kecil, merajuk, perkara biasa la kan dlm perhubungan kan.. Mencari perhatian dr org yg kt syg.. itu perkara biasa.. tp, bila dah mcm ni, ini bukan alasan la maen kayu tiga belakang2.. tp, sekarang bukan belakang2 dah, depan2 lagi.. punya lah ..... haih, xtao nak ckp ape.. pandai2 la letak diri kita tu dekat mana...
Kalau sayang, perlu ke buat semua waktu percintaan.. konon2nya, nak membuktikan syg... tak cukup ke dgn apa yg seseorg tu bg?? tak ckp ke?? setiap org mempunyai prinsip tersendiri.. xboleh terima?? Msg, call, date, tak cukup.. yg penting, SETIA.. Tak cukup lagi???!!! nak apa lagi utk membuktikan rs syg tu... tak tahu nk cakap apa.. itu cuma alasan org yg tak tahu ape itu keikhlasan n kesetiaan..
Dalam perhubungan, dua2 pihak ada salahnya tersendiri... tp, tu bukan ke perkara biasa dalam perhubungan.. suami isteri pon bergaduh, ini kan kita yg tgh darah muda, jauh, ada ego masing2.. mesti tak lari dari salah faham.. tp, kita perlu la kuat.. jgn cepat mengalah.. Setia! Tapi, bila dah keikhlasan pon xde, which is basic dlm perhubungan pn xde, hati mmg cpt goyah.. bila gadoh, apa yg kamu rs sebnarnya?? rasa sunyi, desperate??? ish! senang sgt... tak faham laaa dgn org yg mempunyai hati mcm ni.. Sgt senang mengucapkan kata2 manis, janji2 dalam sekelip mata.. & menerima dgn senang?? Ape ni?? Tak ada prinsip hidop ke hape.. saya mmg tak faham.. Apa2 pon, semua org bukan sama.. ALLAH itu maha ADIL.. ALLAH itu maha MENGETAHUI...
Syukur ALLAH tunjuk kan aku apa yang baek dan ape yg buruk sebelum terlajak jauh... Aku tak rasa ini adalah dugaan dari tuhan.. Ini adalah hikmah dari tuhan.. Aku syukur YA ALLAH dengan Hikmah ini.. Alhamdullilah.. Terima kaseh kerana memberi keluarga yg memahami, kawan2 yg tak pernah lari dari aku, yg x pernah bosan dgn aku.. Syukur... Tp, sekiranya ini adalah, Dugaan ataupon balasan dari segala dosa2 aku, aku REDHA & aku bersyukur kerana dgn dugaan ini, aku kenal siapa dia dan siapa aku.. Alhamdullilah....
P/S: Sambil menulis blog, dalam otak ada FYP! Malas nak gi lab!!! argh! *selit fyp sket*
No comments:
Post a Comment