Morning.. :)
Bangun2, teringat kat blog.. rasa nk merapu2 di sini...
Life sekarang agak busy.. Sakit pinggang2 ku.. rasanya dah lama x rasa nikmat weekend yg betol2 rilex2 kat rumah.. tapi xpe, saya happy :))
Termasuk hari ni lagi lagi 12 hari aku akan di ijab kabulkan dengan En Tunang.. Hummm.. Makin dekat makin banyak rasa x siap.. sebelom tdo mesti mcm pikir2 pasal preparation.. samapi terbawak2 dalam mimpi... (ntah2 siap ngigau) hiii~~
Nasib baek la ada wedding planner.. Mama ku tersayang.. tak tahu la klu xde mama, mesti preparation wedding ni x berjalan.. & mesti masa wedding nnt x best.. Terima kasih mama ku sayang..! I love you so much!
Makin dekat rasa macam2 ada... Excited, x sabar, berangan, berdebar2, kadang2 siap shaking! nervous tu jgn cakap la... tp, sy tahu si dia mesti lagi nervous sbb die yg berperanan penting hari di ijab kabul kan nnt.. grrrr~~
Seperti biasa la kan.. aku rasa setiap pengantin akan terfikir apa yg aku slalu pikir.
" macam mana life after kawen, ok ke kawen, best x kawen "
dan macam2 lagi... aku kan suka bertanya kat officemate2, kawan2 yg sudah kawen..
Humm... ada yg respon ok ada jugak yg x brape ok..
Semua ni buat aku nervous. takut sangat2~
Memang la xnak pikir.. tp, mesti terfikir jugak kan.. sebab lepas ni aku dah jadi sepenuhnya hak milik org... Yup, aku sgt happy sbb akan jadi milik si dia sepenuhnya.. happy jadi yang halal untuk dia. tapi, tanggungjawab sangat la besar nanti..
Tapi, aku xnak letak itu satu bebanan. Perkahwinan sunnah Nabi SAW. Banyak hikmah di sebalik perkahwinan. InsyaALLAH... besar pahalanya kalau tanggungjawab dipikul dengan ikhlas.. kan? so, buat apa aku pikir banyak2.. Dan apa la yang paling membahagiakan selain ada org tersayang depan mata kan? huu~
Daripada apa yg aku dapat dari jawapan2 yg diberi oleh kawan2, ada yang cakap, "best kawen, kalau aku tahu best, dah lama aku kawen" hehe.. ada yg cakap "tough", "boleh tahu perangai sebenar after kawen" n macam2 lagi la!
Point dekat sini, mesti la kita akan tahu perangai pasangan kita lepas kawen.. sebab kita dah sebumbung dengan die nanti. tp, apa yg menjadikan itu satu isu yg besar? sedangkan pada awal pernikahan lagi, kita perlu letak dlm hati, fikiran, dia la org nya, he is my mr right. so? terima lah seseorang seadanya. mana ada insan yang sempurna dalam dunia ni. ALLAH kan mengalakan perkahwinan, pasti ada hikmah disebalik ALLAH jodoh kan kita dengan pasangan kita. kan?
Nampak macam aku menyedapkan hati dan nk hilang kan nervous. sebenarnya bukan. Aku cuma letak satu dalam hati dan fikiran, perkahwinan itu sunnah Nabi SAW, pasti besar hikmah disebalik perkahwinan.
Dalam perkahwinan.. cuba kita fikir..
Kita dah ada someone yg betol2 stick dgn kita..
kita ada problem, dia ada dengan kita, ada tempat mengadu, kita happy sama2, leh holiday sama2, shopping sama2, masak sama2, tgk tv sama2, tdo ada teman (dah xyah bkk lampu dah) hehe, leh jogging sama2, macam2 la... seme boleh buat sama2.. Apa kata, kita fikir apa yg membahagiakan kita instead of "ko tahu la perangai die lps kawen nnt"..
Bagi aku, itu nasihat yg x perlu di dengar sebagai bakal pengantin..
itu seme akan membuat kan someone confuse dgn dia punya decision. so, let them be happy with their future husband and wife. just pray for the best for their future.
hummm.. lagi 12 hari.. less than 2 weeks... grrrrr~~ nebes2.. excited2..
Semoga segala urusan kami dipermudahkan..
Semoga ALLAH teguh kan hati kami, yakinkan hati kami, tegar kan hati kami..
Semoga kami boleh tabah mengharungi dugaan2 berdarah manis ni...
Semoga majlis di kedua2 belah pihak berjalan lancar nnt..
Doakan yang terbaik untuk kami yang baru sahaja nak membina masjid...
InsyALLAH..
Ya ALLAH, redhai la perhubungan kami ke jalan mu Ya ALLAH...
Amin...
=)